KUALA LUMPUR, 29 JAN: Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.9 dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia pada 10.53 malam tadi dengan gegaran turut dirasai di sekitar Semporna, Tawau dan Lahad Datu, Sabah.
KOTA KINABALU, 23 JAN: Dua anggota bomba terkena renjatan elektrik ketika operasi memadam kebakaran di tingkat empat sebuah bangunan di Petagas di sini tengah malam tadi.
KUALA LUMPUR, 17 JAN: Situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, manakala di Pahang jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sedikit, selain di Sabah kekal setakat 8 malam ini.
KOTA KINABALU, 5 DIS: Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter dikesan berlaku di sekitar Tawau pada 4.54 pagi ini.
TAWAU, 28 NOV: Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa mereka melihat pelajar itu dipukul di bilik asrama kolej pada malam 21 Mac lepas.
KUALA LUMPUR, 13 NOV: Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, termasuk kemungkinan menyewakannya kepada negara lain seperti China atau Filipina, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
KOTA KINABALU, 19 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat sehingga peringkat akar umbi terutama golongan miskin dan miskin tegar dapat menikmati pelbagai inisiatif yang disediakan dalam Belanjawan 2025.
KOTA KINABALU, 17 OKT: Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman ahli jemaah GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan syarikat gabungannya bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
KOTA KINABALU, 14 SEPT: Sambutan Hari Malaysia 2024 yang diadakan esok di Padang Merdeka di sini cukup istimewa terutama dengan persembahan menarik yang bakal disajikan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Sambutan Hari Malaysia 2024 bakal menyajikan pelbagai pengisian menarik bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pengunjung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September ini.
KOTA KINABALU, 5 SEPT: Seramai 30,000 hingga 40,000 orang dijangka menghadiri sambutan Hari Malaysia 2024 yang akan berlangsung di Padang Merdeka di sini pada 16 Sept ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguat kuasa sebuah jabatan di Sabah kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.
KOTA KINABALU, 10 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang pegawai penguatkuasa sebuah jabatan yang disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.
KOTA KINABALU, 4 OGOS: Mata wang ringgit pada masa ini dilihat berada pada tahap terkuat dalam tempoh 14 tahun kerana dasar Kerajaan Perpaduan dan muafakat membangunkan negara secara bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA, 30 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus mempertahankan setiap inci kedaulatan negara dan tidak sesekali bertolak ansur terhadap sebarang tuntutan, termasuk yang berkaitan Sabah.
PUTRAJAYA, 29 JULAI: Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian penting daripada negara dan memastikan agar kedaulatan, keutuhan wilayah dan kepentingan negara sentiasa dilindungi setiap masa.
KOTA KINABALU, 1 JULAI: Sebanyak 10 sekolah di empat daerah di Sabah ditutup selepas laluan dan kawasan sekolah berkenaan dinaiki air sejak malam tadi akibat banjir, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah Datuk Raisin Saidin.
KOTA KINABALU, 16 JUN: Seorang warga Indonesia maut manakala rakan senegaranya cedera parah dalam satu pergaduhan dipercayai akibat perselisihan faham di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi tadi.
KOTA KINABALU, 3 JUN: Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya menyelamatkan bayi lelaki berusia sembilan bulan yang terkunci dalam kereta di Jalan Gaya di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Kerajaan MADANI akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi melalui penambahbaikan dan kewujudan baharu membabitkan inftrastruktur kegunaan rakyat.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.